ARKIB BERITA 2013 ARKIB BERITA 2013

«Kembali

198 Peserta Ladang Merdeka Teratak Pulai Terima Hasil RM 30,700

Seramai 198 peserta Projek Ladang Merdeka Teratak Pulai menerima  hasil keuntungan berjumlah RM 30,700 daripada tanaman padi seluas 43 hektar yang diusahakan secara komersial dengan pengurusan berpusat menerusi Konsep Ladang Merdeka.

Setiap orang menerima antara RM 200 hingga RM 700 bergantong kepada keluasan tanah yang dimiliki dengan  kadar RM 743/hektar dan meningkat sekali ganda berbanding RM 350 musim sebelumnya.

Pada masa sama, seramai 120 orang golongan miskin turut menerima wang zakat daripada projek tersebut yang berjumlah RM 14,900 pada kadar RM 120 seorang.

Majlis penyampaian hasil dan zakat tersebut telah berlangsung hari ini dan disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok, Dato' Dr. Ilias Hussin.  Turut hadir, Pengurus Besar KADA, Haji Ibrahim Mat.

Projek Ladang Merdeka merupakan program penyatuan petak sawah kecil menjadi lot besar  dan setiap lot  dilengkapi dengan kemudahan bekalan air, saliran serta jalan ladang yang membolehkan  tanaman padi diusahakan  diusahakan secara komersial dan berskala  besar berlandaskan teknologi moden bagi  meningkatkan pengeluaran padi.

Sehingga kini terdapat 16 projek Ladang Merdeka di seluruh kawasan KADA melibatakan sawah seluas 747 hektar dengan penyertaan 2,340  petani.

198 Peserta Ladang Merdeka Teratak Pulai Terima Hasil RM 30,700