ARKIB BERITA 2013 ARKIB BERITA 2013

«Kembali

2,192 Petani Terima Wang Ehsan RM 2.9 Juta


Seramai 2,192 petani Negeri  Kelantan menerima bantuan  wang ehsan berjumlah RM 2.9 juta kerana  kerosakan  tanaman padi akibat bencana banjir yang melanda Kelantan pada akhir 2012.  Mereka  terdiri dari 1,035 petani dalam kawasan KADA dengan  bantuan  berjumlah RM 1.27 juta, 902 petani dalam kawasan IADA Kemasin Semerak jumlah bantuan RM 1.24 juta dan 255 petani  luar jelapang RM 396,000.

Majlis penyampaian bantuan tersebut telah berlangsung baru-baru ini di Kompleks YKK Padang Kala dan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Hashim Abdullah bagi mewakili YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Hj Omar.
Turut hadir, Pengerusi KADA Tan Sri Annuar Musa, ADUN Kok Lanas merangkap Ahli Lembaga KADA Datuk Mohd Alwi Hj Che Ahmad, Pengerusi MPPP Pasir Puteh Zawawi  Othman dan Pengurus Besar KADA Hj Ibrahim Mat.

Pemberian  wang ehsan tersebut daripada peruntukan khas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengurangkan kerugian yang terpaksa ditanggong oleh petani dan dibayar atas kadar maksima  keluasan 3 hektar sebanyak RM 5000.

Bagi tanaman padi yang tanaman padi mereka  pada peringkat masak  tetapi belum sempat dituai, kadar bayaran adalah sebanyak RM 1,800 setiap hektar manakala kadar bayaran untuk tanaman padi yang sedang membesar sebanyak RM 360 sehektar.

Ianya menggambarkan keperihatinan kerajaan pusat terhadap keperitan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh petani dan sebagai galakan untuk mereka  meneruskan usaha menanam padi walaupun terpaksa berdepan dengan bencana.
 

2,192 Petani Terima Wang Ehsan RM 2.9 Juta
2,192 Petani Terima Wang Ehsan RM 2.9 Juta
2,192 Petani Terima Wang Ehsan RM 2.9 Juta