ARKIB BERITA 2013 ARKIB BERITA 2013

«Kembali

279 Peserta Ladang Merdeka Cherbu Terima Hasil RM 30,700


Seramai 279 peserta Projek Ladang Merdeka Cherbu, Bachok  menerima  hasil keuntungan berjumlah RM 66,450  daripada tanaman padi seluas 45 hektar yang diusahakan secara komersial dengan pengurusan berpusat menerusi Konsep Ladang Merdeka.

Ada kalangan peserta  menerima  sehingga RM 2,600 bergantong kepada keluasan tanah yang dimiliki dengan  kadar hasil sebanyak RM 1,250/hektar atau RM 505 bagi setiap ekar tanah yang dimiliki.

Pada masa sama, seramai 165 orang golongan miskin turut menerima wang zakat daripada projek tersebut pada kadar RM 100 seorang selain zakat turut diagihkan kepada 3 buah masjid mukim yang berhampiran.

Majlis penyampaian hasil dan zakat tersebut telah  disempurnakan oleh Penyelaras DUN Tawang Hj. Mohd Zain Yassin.  Turut hadir, Pengarah Bahagian Industri Padi KADA, Mat Naji Abdullah.

Projek Ladang Merdeka merupakan program penanaman padi secara komersial menerusi konsep penyatuan petak sawah kecil menjadi lot besar.  Setiap lot  dilengkapi dengan kemudahan bekalan air, saliran serta jalan ladang yang membolehkan  tanaman padi diusahakan  diusahakan secara komersial dan berskala  besar dengan menggunakan teknologi moden bagi  meningkatkan pengeluaran padi.

Sehingga kini terdapat 16 projek Ladang Merdeka di seluruh kawasan KADA melibatakan sawah seluas 747 hektar dengan penyertaan 2,340  petani.
 

279 Peserta Ladang Merdeka Cherbu Terima Hasil RM 30,700
279 Peserta Ladang Merdeka Cherbu Terima Hasil RM 30,700