ARKIB BERITA 2013 ARKIB BERITA 2013

«Kembali

420 Ahli Kor Tani Sertai Kursus Bina Pasukan Kor Tani


Seramai 420 ahli Kor Tani telah menghadiri kursus bina pasukan Kor Tani peringkat Zon  Timor yang mewakili semua jabatan dan agensi  di bawah Kementerian Pertanian dan  Industri Asas Tani di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang telah berlangsung pada 3 hingga 5 Februari lalu di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu.

Kursus yang dikendalaikan oleh KADA itu  bermatlamat untuk memantapkan lagi  penubuhan pasukan Kor Tani MOA dan seterusnya memberi kefahaman konsep dan tujuan kor tani kepada  peserta serta merapatkan silatulrrahim dan kerjasama antara  semua peserta.

Antara program kursus adalah, program kerohanian dan keagamaan yang menekankan kepada ceramah keagamaan bagi membina  sahsiah diri dan pembentukan ummah, program jati diri dan kenegaraan bagi memupuk semangat patriotism dan cintakan Negara dikalangan ahli-ahli kor tani.

Para peserta kursus juga  diberikan pendedahan tentang operasi menyelamat dan pertolongan cemas agar peserta dapat mengambil  tindakan sewajarnya bagi membantu diri sendiri dan orang lain ketika berhadapan dengan suasana kecemasan dan berbahaya.

Selain itu, para peserta kursus juga dilibatkan dalam program pembentukan kumpulan dan senaman  berpasukan bagi mewujudkan hubungan kerjasama dan meningkatkan stamina peserta menerusi program sembang santai Kor tani MOA.

Adalah diharapkan dengan pengisian program kursus yang agak padat, pasukan kor tani dapat memupuk semangat cintakan Negara serta dapat bertindak sebagai satu barisan hadapan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani yang mampu menggalas harapan  dan cabaran untuk sama-sama menjayakan misi dan visi kementerian serta sama-sama menyumbang kepada pembangunan Negara.

Penubuhan pasukan kor tani  merupakan  cetusan idea YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang mahukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diberi satu imej baru dari segi kekuatan dan keterampilan dalam keberkesanan penyampaian dasar-dasar kerajaan khususnya dalam memajukan bidang pertanian.

Ia telah mendapat pengiktirafan daripada pucuk pimpinan Negara bilamana YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd  Razak sendiri telah melancarkan penubuhan Kor tani  pada satu majlis gilang gemilangan yang telah diadakan di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada bulan Mei tahun 2011.

Pembangunan program kor tani disasarkan kepada  golongan belia dan beliawanis yang berumor antara 18 tahun hingga 40 tahun, daripada pelbagai kaum dan diseliakan oleh 3 jabatan dan 9 agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sasaran keahlian adalah merangkumi peserta-peserta pasar tani, usahawan-usahawan industri asas tani, golongan siswazah yang terlibat dalam  bidang pengeluar/pemasaran, peladang, penternak, nelayan muda serta peserta lading kontrak.

Program ini merupakan program penjenamaan semula di bawah MOA bagi mengumpul semua briged-briged sedia ada di jabatan dan agensi akan diberi penjenamaan semula dengan nama KOR TANI.

Penubuhan pasukan kor tani adalah bermatlamat untuk menanam semangan patriotism dan cintakan Negara di kalangan kumpulan asar dan usahawan  tani berpandukan kepada prinsip Rukun Negara dan  Dasar Pertanian Negara.

Ia merupakan satu instrument untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian dengan menggunakan sains dan teknologi moden serta inovasi selain membentuk satu pasukan pertanian yang mempunyai jati diri dan mempunyai keterampilan sebagai penyampai misi  dan visi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sesuai dengan slogan " Pertanian Adalah Perniagaan ‘


Pages: 1  2