ARKIB BERITA 2013 ARKIB BERITA 2013

«Kembali

Pesawah Padi Diberi Perlindungan Di Bawah Skim Perlindungan Takaful Padi

Mulai tahun 2013 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melaksanakan Skim Perlindungan Takaful Padi dengan peruntukan RM 50 juta sepertimana yang telah digariskan dalam Bajet 2013 yang akan memberikan manfaat kepada 172,000 penanam padi di seluruh negara termasuk di negeri Kelantan..

Di bawah skim ini pesawah padi yang tanaman padi mereka mengalami kerosakan akibat bencana banjir, layak memperolehi pampasan maksimum sehingga RM13,000 untuk kawasan sawah tidak lebih 10 hektar.

Dengan adanya skim perlindungan itu, ia akan meringankan beban pesawah dan secara tidak langsung akan dapat menyelesaikan masalah mendapatkan modal pusingan.

Petani di negeri Kelantan khususnya  di kawasan Lembaga Kemajuan Petanian Kemubu (KADA) akan mendapat manfaat  besar daripada pelaksanaan skim itu kerana tanaman mereka seringkali terdedah kepada bencana banjir dan jika sekiranya tanaman padi mereka mengalami kerosakan akibat bencana banjir, mereka akan memperolehi pampasan sewajarnya.

Pelaksanaan Skim Perlindungan Takaful Padi merupakan satu lagi usaha kerajaan untuk membela nasib penanam padi yang sering terdedah kepada bencana banjir.