ARKIB BERITA 2013 ARKIB BERITA 2013

«Kembali

PPK Sungai Ketereh Lancar Produk Serunding Daging

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai  Ketereh maju setapak lagi dalam mengembangkan bidang perniagaan dan sektor industri asas tani  dengan melancarkan produk serunding daging lembu tempatan.  Program ini merupakan usahasama antara ahli PPK denngan PPK dimana ahli bertindak selaku pengusaha dan pengeluar produk manakala PPK bertindak sebagai pengumpul, packaging dan pemasaran.

Ia bertujuan untuk membantu memasarkan produk keluaran ahli  bagi mengembangkan lagi pengeluaran produk  untuk  meningkatkan pendapatan pengusaha dan juga sebagai salah satu punca pendapatan PPK.

PPK memberi penekanan kepada pengeluaran serunding berasaskan daging lembu tempatan kerana produk yang dikeluarkan lebih berkualiti dan lebih digemari berbanding daging import walaupun harganya lebih tinggi.

Majlis pelancaran produk telah disempurnakan oleh ADUN Kok Lanas merangkap Pengerusi PPK sungai Ketereh Datuk Mohd Alwi Ahmad sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan PPK pada 25 Julai lalu.  Turut hadir, Pengurus Besar KADA, Hj. Ibrahim Mat.

Peringkat permulaan PPK Sungai Ketereh mensasarkan jualan sebanyak 3,000 packet sebulan di pasaraya besar serta menerusi  tempahan khas dan ianya  akan dipertingkatkan dari masa kesemasa.



YB Datuk Alwi melancarkan produk serunding daging.