ARKIB BERITA 2013 ARKIB BERITA 2013

«Kembali

RM 9.5 Juta Untuk Projek Azam Tani Di Kelantan

Kerajaan Pusat memperuntukkan RM 9.5 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan di bawah program Azam Tani di Kelantan untuk tahun 2013.

Ia akan memberikan manafaat kepada 950 keluarga miskin dan membantu membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan menerusi pelaksanaan projek pertanian, industri  asas tani, jahitan dan sebagainya yang dapat membantu meningkatkan pendapatan.

Projek Azam Tani diwujudkan bagi menjana peningkatan pendapatan golongan miskin dengan pemberian bantuan seperti mesin, peralatan, bengkel, bahan mentah serta latihan teknikal dan motivasi bagi membolehkan mereka mengusahakan  projek pertanian, perikanan, industri  asas tani dan sebagainya bagi meningkatkan pendapatan.

Peruntukan asal daripada Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat dan disalurkan kepada Kementerian Pertanian dan  Industri Asas Tani  sebelum diagihkan kepada semua jabatan dan agensi pertanian untuk dilaksanakan.

Majlis Penyerahan cek bantuan tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika melawat gerai pameran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sempena Majlis Perasmian Program  " Jelajah Janji Ditepati "  di Pusat Transformasi Luar Bandar, Tunjong, Kota Bharu, baru-baru ini. Bagi kawasan KADA, seramai 150 petani miskin telah terpilih untuk menyertai projek Azam Tani  pada tahun 2013 melibatkan peruntukan RM 1.5 juta.

RM 9.5 Juta Untuk  Projek Azam Tani Di Kelantan