Penerbit Aset Penerbit Aset

«Kembali

Kursus Motivasi / Pengurusan Kewangan Dan Ilmu Keluarga

KURSUS MOTIVASI / PENGURUSAN KEWANGAN DAN ILMU KELUARGA
PESERTA AZAM TANI KADA 2012

 

                Projek AZAM Tani adalah salah satu daripada inisiatif di bawah Program 1AZAM yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). KPWKM adalah peneraju kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mempertingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri  pada tahun 2010. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) adalah "Champion" yang dilantik untuk membantu golongan sasar di dalam sektor pertanian dan agro-makanan melalui Projek Azam Tani.

Objektif utama projek Azam Tani adalah :

i) Membantu meningkatkan pendapatan golongan sasar melalui pemberian bantuan projek ekonomi di dalam sektor tanaman, perikanan, penternakan, pemprosesan hasil tani, perniagaan hasil tani dan perkhidmatan pertanian.

ii) Mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing golongan sasar di dalam bidang pertanian melalui latihan-latihan jati diri, keusahawanan dan teknikal.

iii) Membantu mengeluarkan peserta dari belenggu kemiskinan.

KADA telah menganjurkan Kursus Motivasi/Pengurusan Kewangan Dan Ilmu Keluarga Peserta Projek Azam Tani Kada 2012 yang bertempat di Sudara Beach Resort & Spa pada 21 – 22 November 2012 dan 22 – 24 Disember 2012. Seramai 120 peserta Azam Tani yang terlibat di dalam kursus ini.
Objektif kursus ini adalah :

i) Memberi motivasi dan perkembangan minda kepada peserta.

ii) Memberi ilmu pengetahuan dan tatacara dalam menguruskan kewangan projek dan keluarga.

iii) Memberi pendedahan dan pemahaman mengenai dasar-dasar kerajaan dan hala tuju program.

iv) Mempertingkatkan kesedaran peserta terhadap kesihatan diri dan keluarga.

 

KURSUS MOTIVASI / PENGURUSAN KEWANGAN DAN ILMU KELUARGA  PESERTA AZAM TANI KADA 2012
KURSUS MOTIVASI / PENGURUSAN KEWANGAN DAN ILMU KELUARGA  PESERTA AZAM TANI KADA 2012
Perasmian Majlis oleh Pengarah Bahagian Penyelarasan, Tn. Hj. Ab. Halim b. Salleh. Perkongsian peserta jahitan yang telah berjaya meningkatkan pendapatan.
 
KURSUS MOTIVASI / PENGURUSAN KEWANGAN DAN ILMU KELUARGA  PESERTA AZAM TANI KADA 2012
Penerangan dasar-dasar kerajaan oleh pegawai dari MOA

 


Pages: 1  2