BERITA BERITA

«Kembali

Majlis Sambutan Hari Inovasi KADA 2013

img1   img2

Majlis sambutan hari inovasi KADA telah berlangsung pada 01.12.2013 bertempat di Dewan Serbaguna KADA. Sambutan hari inovasi KADA ini merupakan medan pengiktirafan terhadap kecemerlangan warga kerja KADA dalam pelbagai lapangan serta mendorong mereka untuk terus berkhidmat cemerlang dan menginspirasikan rakan-rakan sekerja untuk turut sama mencurahkan idea kreatif bagi mencetus inovasi untuk faedah bersama. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah 'INOVASI KREATIF KADA PRODUKTIF'.

Majlis dimulakan dengan persembahan koir yang membawakan lagu Kada Baloh Negara dan Lagu Inovasi. Kemudian bacaan doa oleh Ustaz Mahmud b. Zakaria, kemudian majlis disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Pengurus Besar Kada Tn. Hj Ibrahim b. Mat. Sejurus selepas itu Pengerusi KADA YB Datuk  Hj. Md Alwi b. Hj Che Ahmad menyempurnakan gimik pelancaran disamping merasmikan hari inovasi KADA 2013. 

Acara penyampaian hadiah pula menyusul iaitu Anugerah Pertandingan PKP dan PPK Terbaik 2013,  Anugerah Mencipta Tema Hari Inovasi KADA 2013, Anugerah Inovasi Terbaik dalam Jabatan bagi kategori individu dan kumpulan.

 Anugerah Pertandingan PKP Terbaik 2013 dimenangi oleh PKP Pasir Puteh. Bagi kategori Anugerah Pertandingan PPK Terbaik 2013, tempat pertama dimenangi oleh PPK Bunga Raya. Tempat ke dua dimenangi oleh PPK Puteri Saadong manakala PPK Bukit Jawa memenangi tempat ke tiga.

Anugerah mencipta tema hari inovasi KADA 2013 "INOVASI KREATIF KADA PRODUKTIF" dimenangi oleh Saudara Syah Iruwan b. Ab Ghani daripada Unit Perolehan & Bekalan.

Anugerah Inovasi Terbaik dalam Jabatan bagi kategori Individu dimenangi oleh Eng. Wan Nasharuddin b. Hj. Wan Abdullah daripada Bhgn. Kejuruteraan Mekanikal. Inovasi yang dicetuskan oleh beliau ialah Sistem Pam Kemubu II. Pemenang ke dua adalah Pn. Nur Hayati bt. Mohamad daripada Cawangan Pentadbiran. Inovasi yang dicetuskan oleh beliau adalah Sistem E-Latihan. Manakala pemenang ke tiga adalah  En. Zulfikri b. Mohamed daripada PPK Bunga Raya. Inovasi yang dicetuskan oleh beliau adalah Sistem Penerimaan / Pengedaran Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan & Skim Insentif Input Pertanian (SIIP).

 Anugerah Inovasi Terbaik dalam Jabatan bagi kumpulan dimenangi oleh Kumpulan KAIZEN yang mencetuskan inovasi bertajuk Sistem i-Ladang Untuk Cetakan Penyata Pendapatan Di Sampul Surat Peserta Ladang Merdeka. Kumpulan ini dianggotai oleh En. Mat Naji b. Abdullah selaku Pengarah Projek. Manakala ahlinya terdiri daripada En. Wan Mohd Fadhli b. Wan Mamat, Tn. Hj. Nik Azlan b. Ab Ghani, Tn. Hj. Badaruddin b. Abdullah, En. Aris b. Jusoh, En. Rashid b. Che Yahya dan Pn. Norlida bt. Ismail. Pemenang ke dua bagi kategori ini dimenangi oleh kumpulan TRANSFORMASI yang mencetuskan inovasi yang bertajuk Sistem Penyediaan Laporan Kemajuan Tanaman Padi Secara Online. Kumpulan ini dianggotai oleh Tn. Hj Ab. Halim b. Salleh selaku Pengarah Projek. Manakala ahlinya terdiri daripada Pn. Nor Hasidah bt. Ishak, Tn. Hj. Nik Azlan b. Ab Ghani dan En. Nazri b. Nordin. Pemenang ke tiga bagi kategori ini pula dimenangi oleh Kumpulan TEAM VIEWER yang mencetuskan inovasi bertajuk Sistem E-Penyata Gaji. Kumpulan ini dianggotai oleh Tn. Hj. Mohd Rais b. Mohd Ariffin sekalu Pengarah Projek. Manakala ahlinya terdiri daripada En. Nik Mohd Nadzree b. Nik Abdullah, Tn. Hj. Nik Azlan b. Ab Ghani, Pn. Siti Salwani bt. Mustapha, Pn. Syuhaida bt. Salleh, En. Mohd Syaifulniza b. Md Zin dan En. Mohd Yusran b. Mohd Adnen.

Semoga kemeriahan dan kegemilangan majlis ini akan membakar semangat warga KADA untuk mengintegrasikan hasil dan mengadaptasikan ciptaan bagi memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan KADA.

Tahniah dan teruskan inovasi. KADA BOLEH !!!