BERITA BERITA

«Kembali

YB Datuk Hj Md Alwi Hj Che Ahmad Adun Kok Lanas Dilantik Sebagai Pengerusi KADA

Pengerusi KADA

Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan DUN Kok Lanas, YB Datuk Hj Md Alwi Hj Che Ahmad, 57 tahun telah dilantik sebagai Pengerusi KADA yang baru menggantikan YB Tan Sri Annuar Musa yang telah dilantik sebagai Pengerusi MARA.

Datul Alwi seorang Juruukur bertauliah pernah menerima pendidikan menengah di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi (1973 – 1975) berkelulusan Diploma in Land Surveying UTM tahun 1979, B.App.Sc (Surveying and Mapping) Western Australian Institute of Technology, Perth , Australia tahun 1983, Kursus Post Graduate Cat.BHydrography Ottawa, Canada tahun 1986 dengan pengkhusuan dalam bidang Seabed Mapping, Ports and Wharf Survey dan pernah mengikuti Specialised Training on Motorised Levelling and Geodetic Positioning System-Gravle, Sweden tahun 1990.

Beliau memiliki keahlian profesional termasuk Juruukur Berlesen (Act 458), Ahli Lembaga Juruukur dan Fellow Institute of Surveyor Malaysia.

Dalam bidang politik beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Kok Lanas sejak 2008, Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia (2008 – 2009), Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Ketereh (2004 – 2008), Ketua Penerangan Kelab Penyokong Barisan Nasional BNBBC (2004 – 2008), Ketua Penerangan UMNO Kelantan sejak 2001, Setiausaha Barisan Nasional Kelantan sejak 2009 dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh sejak 1999.

Dalam bidang korporat beliau pernah menjadi Pengerusi Silver Ridge Berhad (2004 – 2008), Pengerusi Permodalan RISDA Bhd sejak 2006, Ahli Lembaga FELCRA Agro Sdn. Bhd sejak 2003, Ahli Lembaga Pelita-TH Plantation sejak 2005, Principal AA Geomatics (Licensed Land Surveyor) sejak 2004 dan Pengarah AA Geomatics Sdn Bhd sejak 2005.

Beliau turut aktif dalam sukarela sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kemiskinan Kelantan sejak 1982, Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Ketereh sejak 1995 dan Pengerusi Yayasan Hikmat Insan Malaysia (1997 – 2007).

Perlantikan Datuk Alwi seorang ahli profesional sebagai Pengerusi KADA amat dialu-alukan dan diharap akan melonjakkan lagi prestasi perkhidmatan KADA kepada masyarakat khususnya golongan petani.

Hj Ibrahim Mat,
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)