BERITA BERITA

«Kembali

Anugerah

Setinggi Tahniah buat Pengurus Besar KADA,Tn Hj Mohd Ridzuan Bin Ismail diatas Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-49 tahun 2018 di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Turut sama menerima pengurniaan hari ini ialah Tn Hj Ab Halim bin Hj Salleh, Pengarah Bahagian Pertanian yang dikurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K) dan En Wan Badri bin Wan Omar, Ketua Unit Integriti yang dikurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K). TAHNIAH dari kami warga KADA.

 

 

Kemaskini : 22/11/2018