INDUSTRI ASAS TANI INDUSTRI ASAS TANI

BAHAGIAN INDUSTRI ASAS TANI

1. Merancang dan mengurus pengeluaran dan meningkatkan mutu tanaman bukan padi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, herba, hortikulltur, kayu-kayuan, ternakan, ternakair, kraf dan lain-lain.

2. Mengenalpasti dan menggalakan pengeluaran dan pemerosesan produk nilai tambah yang sesuai untuk pasaran.

3. Merancang dan melaksana pembangunan keupayaan usahawan bagi meningkatkan daya maju dan berdaya saing.

4. Menggalak, menyusun semula dan memodenkan pengeluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat global.

5. Merancang, menggalak dan menganjur aktiviti promosi produk-produk hasil petani dan usahawan KADA.

6. Menyelaras dan membantu menyediakan kemudahan kewangan dan bantuan sama ada dari Kerajaan atau swasta dalam program industri bukan padi.

7. Menggalakan penglibatan sektor swasta dalam industri pengeluaran makanan dan pemasaran.

8. Memantau, mengenalpasti dan menyelaras kursus dan latihan yang berkaitan kepada petani dan usahawan.

9. Menyelaras dan bekerjasama dengan lain-lain agensi dan pakar-pakar yang berkaitan pengeluaran, penyelidikan dan perusahaan makanan dan bukan makanan bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan pengeluaran dan pemasaran yang efisien.

10. Memperkukuhkan sistem pemasaran dengan membangun dan menggalakan rangkaian pemasaran, pembungkusan dan pengiktirafan yang melibatkan produk-produk petani dan usahawan.