KADA BALOH NEGARA KADA BALOH NEGARA

KOMODITI PADI

Tanaman padi adalah komoditi utama dalam kawasan KADA, Di akhir RMK ke 9, KADA mensasarkan pengeluaran padi akan ditingkatkan kepada 383,070 tan dengan kadar pengeluaran 6.5 tan/hektar bagi mencapai tahap sara diri Negara sebanyak 90%. Bagi mencapai sasaran tersebut, strategi berikut dirangka :

1. Meningkatkan pengeluaran menerusi konsep :  

  LADANG MERDEKA iaitu perladangan padi secara komersial berteraskan teknologi moden di bawah pengurusan berpusat.
  MINI ESTET PADI atau PERLADANGAN KELOMPOK, iaitu pemuafakatan petani mengusahakan sawah secara bersepadu di bawah bimbingan KADA.
  PROJEK 10 TAN, iaitu bimbingan intensif kepada sekumpulan petani bagi mencapai pengeluaran 10 tan/hektar untuk dicontohi oleh petani lain.


KOMODITI SAYUR-SAYURAN

KADA BALOH NEGARA


Pengeluaran sayur-sayuran dalam kawasan KADA akan ditingkatkan bagi memenuhi keperluan pasaran. Tumpuan diberikan kepada usaha memajukan jenis sayur-sayuran yang bernilai tinggi dan berpotensi seperti cili, tomato, kobis, peria, terung, brassica, kekacang, timun, tanaman herba dan tanaman industri seperti keledek, ubi kayu dan roselle. Untuk itu, penggunaan benih hybrid dan teknologi biotek akan dikembangkan bagi meningkatkan produktiviti.


1. Bagi mencapai sasaran tersebut strategi berikut dirangka :

  Memajukan lebih banyak ladang kekal sayur kormesial.
  Meningkatkan produktiviti dan menguruangkan kos dengan penekanan kepada penggunaan teknologi, amalan pertanian baik, khidmat nasihat dan pengendalian lepas tuai.
  Mewujudkan jalinan pemasaran yang kukuh dan stabil.
  Menggalakkan penyertaan pihak swasta.
  Berkerjasama dengan pelbagai institusi dan agensi kerajaan.

Pages: 1  2  3  4