KADA BALOH NEGARA KADA BALOH NEGARA

KOMODITI BUAH-BUAHAN

Pengeluaran buah-buahan akan ditingkatkan dengan tumpuan untuk mengkomersialkan jenis buah-buahan yang bernilai tinggi dan berpontesi untuk pasaran tempatan dan eksport. Antaranya manggis, nanas, betik, tembikai, melon, mangga, nangka, jambu batu, limau, pisang dan juga komoditi baru seperti pithaya. Lebih banyak kawasan tanaman baru akan dimajukan di samping membaikpulih kawasan sedia ada bagi meningkatkan produktiviti.

KOMODITI TERNAKAN

OMODITI TERNAKANPengeluaran produk ternakan seperti daging lembu, kambing, ayam, itik, puyuh akan ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran. Sekumpulan penternak dan usahawan serta swasta digalakkan untuk bergiat aktif dalam aktiviti penternakan haiwan berentitikan komersial dan teknologi moden. Lebih banyak kawasan yang sesuai dan strategik akan dimajukan bagi tujuan ini termasuk penternakan secara intensif dan fedlot. Lebih ramai petani akan digalakkan untuk mengusahakan ternakan ayam, itik dan puyuh sebagai aktiviti sampingan bagi menambahkan pendapatan. Mereka yang terlibat diberikan bantuan berupa kandang, reban, baka, bahan makanan dan khidmat nasihat.

KOMODITI TERNAK AIR

KOMODITI TERNAK AIRAktiviti penternakan ikan air tawar dalam tali air dan empangan akan digalakkan bagi meningkatkan pengeluaran produk perikanan air tawar dan menambah pendapatan. Tumpuan diberikan kepada beberapa spesis ikan air tawar yang bernilai tinggi seperti ikan kelah, patin, tilapia, baung dan keli. Galakan akan juga diberikan untuk pengeluaran ikan hiasan yang bernilai tinggi seperti ikan mas, koi, discus dan arowana. Keupayaan pengeluaran benih ikan akan ditingkatkan selain pemberian bantuan berupa sangkar, benih ikan dan makanan kepada penternak.

Pages: 1  2  3  4