KADA BALOH NEGARA KADA BALOH NEGARA

KOMODITI INDUSTRI ASAS TANI

Kawasan KADA amat berpotensi untuk menjadi pengeluar utama produk industri asas tani kerana memiliki bahan mentah dan kepakaran tersendiri pengusahanya. Program pembangunan industri asas tani akan ditingkatkan dengan melahirkan lebih ramai usahawan baru di samping membangunkan lebih banyak produk baru dan menaiktaraf produk sedia ada bagi menjadikan KADA sebagai " HALAL HUB " serantau. Penekanan adalah kepada pengeluaran berskala besar berteraskan teknologi moden untuk pengeluaran produk yang berkualiti selain menumpukan kepada aspek pembungkusan, pelabelan dan memperluaskan program promosi serta pemasaran. Pengusaha bertaraf mikro akan dinaikkan ke taraf kecil dan sederhana termasuk mengadakan " Business Matching " dengan swasta atau pengusaha besar.

PENUTUP

KOMODITI TERNAK AIR

Bagi menjayakan konsep KADA BALOH NEGARA, setiap sumber yang ada akan digunakan sepenuhnya termasuk penyertaan seberapa ramai petani, penternak dan usahawan. PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN dan UNIT-UNIT PELADANG akan menjadi tenaga pengerak utama dalam pelaksanaan konsep KADA Baloh Negara dengan sokongan daripada pelbagai pihak lain. Program strategik dan perancangan rapi akan dibuat terhadap program penanaman dan pengeluaran bagi memastikan setiap hasil yang dikeluarkan mendapat pasaran dan lambakan hasil. Konsep KADA BALOH NEGARA akan mendatangkan faedah yang amat besar kepada rakyat terutamanya dari segi peningkatan pendapatan dan taraf sosio ekonomi.

Pages: 1  2  3  4