Projek Tanaman
Padi 10 tan merupakan program yang diutamakan
sebagaimana diarahkan oleh YB. Menteri
Pertanian dan menjadi “flagship
project” oleh Kementerian Pertanian
disamping program-program yang sedia
ada. Tujuan program ini adalah bagi
melihat keupayaan pengeluaran hasil
padi semaksima yang mungkin melalui
pelbagai penggunaan teknologi yang ada.
Sebagai langkah untuk menggalakkan peningkatan
pengeluaran padi negara, potensi pengeluaran
berasaskan peningkatan hasil per hektar
telah dilancarkan di bawah program peningkatan
hasil padi ke arah 10 tan sehektar.
Objektif utama projek
ini ialah untuk menyalurkan teknologi
peningkatan hasil dan pengurusan padi
ke arah 10 tan sehektar kepada petani
disamping meningkatkan sumber pendapatan
petani melalui peningkatan hasil per
hektar. Projek ini telah mula dilaksanakan
pada luar musim 2001 dan sehingga ini
telah sepuluh musim dilaksanakan. Dalam
musim utama 2005 projek ini melibatkan
keluasan 4,827 hektar dengan penglibatan
3,286 orang petani dalam kawasan KADA.
Pencapaian Projek 10 Tan bagi tempoh
dua musim ialah seperti berikut :
Musim |
Bil.
Projek |
Luas |
Bil. Petani |
Peratus Pencapaian Hasil |
kurang 4.0
tan/ha |
4.0-7.0 tan/ha
|
7.0-10.0 tan/ha
|
melebihi 10 tan/ha
|
Musim Utama 03/04 |
49 |
4827 |
2946 |
52.92 |
46.1 |
0.95 |
0.03 |
Luar Musim 2004 |
49 |
4827 |
2095 |
41.53 |
52.94 |
5.49 |
0.05 |
Musim Utama
04/05 |
49 |
4827 |
3286 |
51.82 |
47.6 |
0.5 |
0 |
Luar Musim
2005 |
49 |
4827 |
3098 |
45.93 |
52.42 |
1.62 |
0.03 |
Musim Utama 05/06 |
53 |
5031 |
3201 |
57.26 |
42.46 |
0.75 |
0.09 |
luar musim 2006 |
74 |
5687 |
2459 |
57.86 |
41.15 |
0.93 |
0.06 |
Jadual : Rumusan Prestasi Hasil Padi bagi Projek 10 Tan pada Musim Utama dan Luar Musim dari 2004 hingga 2006
Hasil yang diperolehi
dalam tahun 2006 didapati meningkat
ekoran usaha-usaha dan program peningkatan
tanaman dari masa kesemasa, komitmen
daripada pihak petani dan peranan yang
dimainkan oleh pihak pengembangan dalam
membimbing petani-petani. Dalam projek
10 tan sehektar, petani sudah bijak
untuk mengamalkan sistem pengurusan
air yang disyorkan oleh KADA. |