LADANG MERDEKA LADANG MERDEKA

Ladang Merdeka adalah satu konsep pengurusan ladang secara komersil dan berskala besar yang mana berkepentingan dalam memerdekakan kumpulan sasar, merekabentuk ladang dengan saiz yang sesuai, berdaya maju dan membantu meningkatkan pendapatan peserta.

Objektif

  • Menangani masalah kemiskinan melalui peningkatan hasil padi dan bukan padi.
  • Memerdekakan sawah terbiar.
  • Memerdekakan pemilik sawah dan penyewa.
  • Meningkatkan daya produktiviti melalui :
       o Pengurusan secara estet
       o Penggunaan tenaga buruh yang efektif
       o Penggunaan jentera ladang
       o Penggunaan input pertanian secara berkesan dan menjimatkan
  • Mewujudkan operasi pengeluaran

Konsep Dan Cabaran Masa Depan

Tatacara pelaksanaan bersepadu menggabungkan pelaksana dan kumpulan sasar. Penglibatan semua lapisan masyarakat dan pemimpin tempatan. Satu model "on farm development" mengubah amalan kerja yang tidak sistematik kepada satu budaya kerja yang menitikberatkan pengurusan berestet yang jauh lebih maju dan mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.

Halatuju Pengurusan Ladang Merdeka Di Masa Depan.

  • Menjadikan 30% Daripada Tanah Padi Kada Sebagai Ladang Merdeka
  • Menswastakan Pengurusan Ladang Merdeka Kepada Yang Berminat/PPK.

 

Sumber : Bhgn. Pertanian, Caw. Ladang Merdeka

Pages: 1  2  3  4