PERUTUSAN MENTERI PERUTUSAN MENTERI

   
 

Sektor Agromakanan merupakan antara sektor yang menjadi sumber penting bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan amat prihatin tentang "food Security" negara kerana ia merangkumi tanggungjawab kerajaan agar rakyat mendapat makanan yang cukup, selamat dan boleh diakses.

Kerajaan amat komited terhadap usaha memajukan sektor agromakanan kerana sektor ini mempunyai masa depan yang cerah walaupun berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Sektor ini akan kekal sebagai teras ekonomi dan pemangkin kepada perkembangan pengeluaran negara secara keseluruhannya. Anjakan minda ke arah penerimaan bahawa pertanian itu satu perniagaan adalah satu cabaran penting yang perlu dipikul oleh MOA.

 

YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani