MYID MYID

Promosi Inisiatif MyID

Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan selaras dengan konsep "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, telah memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai MyID.

MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor Kad Pengenalan sebagai nombor rujukan tunggal bagi warganegara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi-agensi kerajaan. Maklumat lanjut tentang inisiatif ini boleh didapati di Laman Rasmi MyID:

http://www.mampu.gov.my/myid

Untuk inisiatif myID di KADA, senarai perkhidmatan boleh didapati seperti berikut :

BIL
PERKHIDMATAN YANG SUDAH MENGUNAKAN MyID
1 Pendaftaran & Penyemakan Insentif Pengeluaran Padi Kerajaan Persekutuan
2 Pendaftaran & Penyemakan Sabsidi Baja Padi Kerajaan Persekutuan
3 Penjualan Padi Melalui Pertubuhan Peladang Kawasan
4 Pendaftaran dan Penyemakan Pemberian Kredit/Pinjaman oleh Pertubuhan Peladang Kawasan
5 Pendaftaran Peserta dan Pengagihan Hasil Ladang Merdeka
6 Pendaftaran dan Penyemakan Keahlian Pertubuhan Peladang Kawasan
7 Pendaftaran dan Penyemakan Peserta Mini Estet Padi