PEJABAT PENGURUS BESAR PEJABAT PENGURUS BESAR

FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN

PEJABAT PENGURUS BESAR

1. Bertanggungjawab melaksanakan segala program, projek dan apa-apa yang diarahkan oleh pihak Kementerian dan Lembaga bagi tujuan meningkatkan taraf sosio-ekonomi petani dalam kawasan KADA.

2. Bertanggungjawab memantau pelaksanaan program PPK bagi tujuan merealisasikan penghayatan budaya niaga koperasi ke arah menuju PPK berdikari sejajar dengan peranannya sebagai Wakil Pendaftar.

3. Bertanggungjawab memantau program pembangunan dan meningkatkan komitmen ke arah usaha bagi melahirkan generasi peladang maju dengan mengamalkan kaedah pertanian moden dan terkini disamping menerapkan budaya penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pertanian.

4. Berusaha mewujud dan menjalin hubungan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Negeri atau mana-mana badan bagi tujuan kepentingan Lembaga.

5. Bertanggungjawab secara langsung terhadap program pembangunan Ladang Komersil, Industri Pengeluaran Makanan dan juga program Pembangunan Pertanian.

6. Melaksanakan program pembangunan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi petani melalui mempelbagaikan aktiviti-aktiviti ekonomi yang beroperasi.

7. Bertindak sebagai pelaksana kepada semua keputusan yang diarah dan diputuskan oleh pihak atasan.

8. Bertanggungjawab terhadap segala kerja-kerja pengauditan terhadap badan dan institusi di bawah kawalan Lembaga.