PENGENALAN PENGENALAN

KOMODITI PADI

Tanaman padi adalah komoditi utama dalam kawasan KADA. Di akhir RMK 9, KADA mensasarkan pengeluaran padi akan ditingkatkan kepada 383,070 tan dengan kadar pengeluaran 6.5 tan /hektar bagi mencapai tahap sara diri Negara sebanyak 90%. Bagi mencapai sasaran tersebut, strategi berikut dirangka :

1.       Meningkatkan pengeluaran menerusi konsep :

  • Ladang Merdeka iaitu perladangan padi secara komersial di bawah pengurusan berpusat berteraskan teknologi moden.
  • Mini Estet Padi atau Perladangan Kelompok, iaitu pemuafakatan petani mengusahakan sawah secara bersepadu di bawah bimbingan PPK KADA.
  • Projek 10 tan, iaitu bimbingan intensif kepada sekumpulan petani bagi mencapai pengeluaran 10 tan/hektar untuk dicontohi oleh petani lain.

 

2.       Meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran menerusi :

  • Mempermodenkan sistem pengairan, rumah pam dan lain-lain kemudahan asas bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bekalan air.
  • Penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik.
  • Pengurusan perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu dan berkesan.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pengurusan dikalangan petani menerusi kegiatan pengembangan yang agresif dan berkesan.
  • Memperkemaskan urusan bekalan input, skim kredit dan pengurusan pemasaran.
  • Bekerjasama dengan pelbagai agensi/jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan lain-lain badan bagi mendapat khidmat kepakaran.

 

Sumber : Bhgn. Pertanian