PENGENALAN PENGENALAN

LATAR BELAKANG

  • Keluasan kawasan KADA keseluruhannya ialah 82,900 ha. Seluas 64,555 ha adalah kawasan pertanian yang mana 37,670 ha merupakan tanah padi dan selebihnya terdiri daripada dusun campuran,kebun getah, rizab taliair dan lain-lain.
     
  • Pengeluaran bahan makanan asas (padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan ternakair) merupakan sasaran utama KADA bagi mempelbagaikan sumber pendapatan kepada golongan petani yang berada dalam kawasan pengendaliannya.
     
  • Hasil semakan tahun 2002 terdapat sejumlah 1,487 ha kawasan tanah padi yang tinggi dimana hanya tanaman padi sekali setahun sesuai ditanam dan kawasan ini berpotensi dibangunkan dengan pengeluaran pelbagai hasil pertanian.
     
  • Sepanjang 150 km daripada keseluruhan 625 km taliair KADA telah dikenalpasti berpotensi dijadikan kawasan ternakan ikan air tawar dalam sangkar.
     
  • Terdapat 13 buah Pertubuhan Peladang Kawasan dalam KADA yang menyediakan kemudahan bekalan input, perkhidmatan pemasaran dan lain-lain kepada keseluruhan penduduk dalam kawasan pengendaliannya.

 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan pengeluaran pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, hasil ternakan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan luar.
     
  • Meransang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan kawasan sekitar berasaskan aktiviti pertanian.
     
  • Meransang pembangunan sosio-ekonomi dalam kawasan setempat khasnya KADA.
     
  • Menjadikan kawasan pertanian yang sentiasa mengeluarkan hasil pertanian yang berterusan.
     
  • Sebagai pemangkin yang akan menarik golongan berpendapatan rendah dan golongan usahawan.
     
  • Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dalam negara.
     
  • Mengembangkan ekonomi tempatan.
     
  • Membantu dalam mengurangkan kadar import makanan daripada luar negara.
     
  • Meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

 

OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK

  • Dengan peruntukan pembangunan RMKe-11, adalah dijangkakan akan menyumbang kepada peningkatan 20% kepada pengeluaran hasil berasaskan kepada aktiviti pertanian selain padi (bukan padi) dengan unjuran penambahan nilai sebanyak kira-kira RM43 juta.
     
  • Pengeluaran hasil daripada aktiviti pertanian selain padi yang juga melibatkan penternakan ini sedikit sebanyak akan menambah pendapatan sampingan golongan sasar disamping memainkan peranan dalam menyokong indutri asas hiliran.
     
  • Sasaran untuk faedah yang diterima daripada aktiviti ini melibatkan lokaliti setempat khususnya dan juga kepada sumbangan bekalan makanan negara amnya.
     
  • Dijangkakan 30% penduduk dalam kawasan KADA yang akan menerima faedah bantuan daripada projek ini secara langsung.

 

JUSTIFIKASI PROJEK

  • Perlaksanaan projek ini akan dapat menebusguna tanah yang tidak produktif dan seterusnya memberi pulangan kepada petani dan Negara.
     
  • Meningkatkan pengeluaran bahan makanan tempatan dengan hasrat untuk mengurangkan jumlah pengimportan bahan makanan daripada Luar Negara.
     
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada petani dan penduduk setempat.