PENGUMUMAN PENGUMUMAN

«Kembali

BAYARAN TUNTUTAN PENJAWAT KADA MELALUI EFT

Sukacita dimaklumkan, Pengurusan Kewangan Lembaga sedang dalam proses melaksanakan pembayaran melalui "Electronic Funds Transfer" (EFT) bagi mencapai matlamat untuk memudahkan pembayaran secara elektronik, pengurangan penggunaan cek dan seiring dengan saranan yang dikeluarkan oleh Bank Negara.

Bermula bulan November 2016, semua tuntutan penjawat KADA akan dibayar melalui sistem Electronic Funds Transfer (EFT) mengikut akaun gaji masing-masing. Notis bayaran akan dimaklumkan ke dalam akaun email rasmi penjawat. Mohon kerjasama semua penjawat untuk mengaktifkan penggunaan email rasmi jabatan.

Sila hubungi Kakitangan Cawangan Pembangunan Teknologi Maklumat di talian 5228 @ 5229 untuk sebarang masalah berkaitan email rasmi masing-masing.