PIAGAM PELANGGAN PIAGAM PELANGGAN

KAMI BERJANJI MEMBERI PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG DAN KOMITED SERTA SENTIASA BERSEDIA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KAMI DALAM :


"Menyediakan bekalan air yang mencukupi mengikut jadual"

Memastikan bekalan air dapat diterima oleh petani-petani selewat-lewatnya 30 hari selepas tarikh mula bekalan.
Menyebarkan jadual bekalan air dan tanaman padi yang lengkap dan senang dibaca dengan meluas sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh bekalan air.


"Membekalkan input pertanian mengikut keperluan dan menepati masa"

Membekal baja subsidi kepada yang layal sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh menanam.
Memastikan 100% bekalan keperluan benih padi sah dapat dibekalkan kepada petani setiap musim.


"Memberikan khidmat sokongan berkaitan yang bermutu, mencukupi, adil dan saksama"

Memberi khidmat nasihat kepada petani-petani secara individu atau berkumpulan sekurang-kurangnya sekali semusim.
Memastikan kawalan dibuat dalam masa 24 jam wabak/penyakit dikesan.
Memberi khidmat Kejenteraan Ladang sekurang-kurangnya 40% setiap musim.
Memberi khidmat nasihat kepada usahawan pertanian selain padi dan industri asas tani dari masa ke semasa.
Memastikan bil-bil dijelaskan dalam tempoh 14 hari ianya diterima.


"Memberikan latihan berkesan berasaskan teknologi semasa"

Memastikan sekurang-kurangnya 20% petani-petani dan usahawan menerima latihan/kursus setiap tahun samada secara individu atau kumpulan.
Memastikan setiap pegawai /kakitangan diberi latihan/kursus sekurang-kurangnya 7 hari setiap tahun.


"Menyampaikan informasi terkini, cepat dan tepat"

Menyalurkan maklumat teknologi tanaman padi, pertanian bukan padi dan industri asas tani melalui laman web,buletin serta risalah-risalah KADA setiap masa.