SEJARAH PENGURUS BESAR
KADA mengawal segala fungsi dan kegiatan melalui Pejabat Pengurus Besar. Pentadbiran harian dilaksanakan oleh Timbalan Pengerusi, Pengurus Besar Lembaga dan bertanggungjawab menjalankan segal program, skim atau projek selaras dengan keputusan-keputusan Lembaga dan melaksanakan arahan-arahan Menteri atau Pengerusi yang diterima dari masa ke semasa. Tertakluk kepada arahan Pengerusi, Timbalan Pengerusi mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Lembaga. Pengurus Besar KADA pertama adalah Ybhg. Dato' Abdul Hadi b. Hj. Sidek. Sebelumnya beliau dilantik oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Pegawai Penyama. Jawatan Pengurus Besar selepas beliau merupakan Pegawai pinjaman dari Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Disamping menjadi Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Pegawai berkenaan pada ketika yang sama dipinjamkan ke KADA selaku Pengurus Besar. Mulai tahun 1985 jawatan Pengurus Besar disandang oleh Pegawai KADA. |
| |
TN. HJ. MOHD RAIS B. MOHD ARIFFIN | |
18 April 2014 - 30 Jun 2015 | |
| |
TN. HJ. IBRAHIM B. MAT | |
24 Ogos 2008 - 17 April 2014 | |