SOALAN LAZIM SOALAN LAZIM

Soalan 5
Bagaimanakah caranya untuk menjadi usahawan di bawah bimbingan KADA?
Untuk melibatkan di dalam program-program KADA seseorang itu haruslah menjadi ahli PPK, pernah mempunyai penglibatan di dalam aktiviti keusahawanan dan harus mempunyai minat yang mendalam di samping keazaman yang kuat untuk berusaha. Anda boleh berhubung terus dengan kakitangan di Cawangan Industri Asas Tani, KADA.

Soalan 6
Apakah matlamat skim insentif pembajakan diwujudkan oleh kerajaan?
Ianya bagi membantu pesawah mengurangkan kos pengeluaran dalam tanaman padi iaitu melalui di mana kerajaan menanggung sebahagian daripada kos upah membajak.

Soalan 7
Berapakah kadar intensif pembajakan yang diterima oleh pesawah-pesawah?
Intensif ini adalah bagi menampung sebahagian daripada kos upah membajak yang dikenakan oleh tuan punya traktor. Kadarnya ialah RM100.00 per hektar.

Soalan 8
Siapakah yang layak menerima intensif pembajakan ini?
Intensif pembajakan ini diterima oleh pesawah dan pengusaha pesawah yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan.

Soalan 9
Bagaimanakah untuk memperolehi Jadual Penanaman Padi terkini KADA?
Jadual Penanaman Padi yang terkini KADA boleh diperolehi daripada Laman Web KADA iaitu pada laman http://kada.gov.my/web/guest/jadual-tanaman-padi

Soalan 10
Saya penjawat KADA yang bertugas di PPK. Saya ingin menyemak Buku Perkhidmatan yang ada di Bahagian Pengurusan. Boleh kah saya berbuat demikian?
Boleh. Tuan/puan boleh datang sendiri (tidak boleh hantar wakil) ke Cawangan Pembangunan Sumber Manusia (CPSM), Bahagian Pengurusan pada hari Khamis setiap minggu. Hari Khamis adalah merupakan Hari Bertemu Pelanggan bagi KADA tidak kira samada untuk penjawat KADA sendiri atau pun orang luar yang memerlukan pengetahuan tentang perkhidmatan yang berkaitan dengan KADA.

 

*** Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi :

    Nama : Raitini bt Ab. Rahman
    Bahagian / Unit : Unit Komunikasi Korporat
    Tel : 09-7447088 samb. 5459  
    Email : prokada@kada.gov.my
Pages: 1  2