UNIT INTEGRITI UNIT INTEGRITI

Unit Integriti KADA ditubuhkan pada 16 November 2014 berasaskan kepada Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.6 Tahun 2013 – Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam.
 
Penubuhan unit ini berdasarkan Model Penarafan Risiko yang ditetapkan oleh SPRM berasaskan tahap risiko dalam sesebuah organisasi sepertimana berikut :
 
Model A – Organisasi yang berisiko tinggi
 
Model B – Organisasi yang berisiko sederhana
 
Model C – Organisasi yang berisiko rendah
 
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) diletakkan dalam risiko dibawah model C.
 
VISI
 
Integriti Tunggak Kejayaan Transformasi Pertanian
 
MISI
 
Memantapkan integriti warga KADA agar sentiasa menjunjung dan menegakkan prinsip integriti melalui tadbir urus terbaik, budaya kerja berkualiti, akauntabiliti dan meningkatkan keyakinan rakyat melalui sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang.
 
OBJEKTIF
 
Bertanggungjawab melaksanakan inisiatif penginstitusian integriti, meningkatkan tadbir urus, pematuhan, pengesanan salahlaku dan tindakan punitif dengan lebih fokus, terancang, cekap dan mencapai keberhasilan optimum.
 
FUNGSI
 
Unit Integriti menjalankan enam (6) fungsi utama iaitu :
 
1. Pengukuhan Integriti
 
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi. Melalui pembangunan modal insan berintegriti dan memantapkan budaya berintegriti dan nilai-nilai murni;
 
Memastikan Peraturan Pegawai Awam (Tatakelakuan Dan Tatatertib) 1993 dipatuhi khususnya perisytiharan harta, percanggahan kepentingan, salah laku dan sebagainya.
 
2. Tadbir Urus
 
Memastikan pelaksanaan tadbir urus yang terbaik dan efektif dilaksanakan;
 
Memantau pelaksanaan Jawatankuasa Integriti Dan Tadbir Urus, mengkaji kelemahan dan penambahbaikan sistem dan prosedur, kawalan sistem, menutup ruang dan peluang rasuah dan salahlaku.
 
3. Penyiasatan
 
Mengesan dan mengesahkan aduan dan maklumat salahlaku jenayah seperti rasuah, penipuan, pecah amanah dan sebagainya serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi bagi memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;
 
Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
 
4. Pengurusan Aduan
 
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah khususnya rasuah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
 
5. Pematuhan
 
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta sistem dan prosedur kerja yang berkuatkuasa serta mencadangkan penambahbaikan;
 
Melaksanakan inspektorat, pemeriksaan mengejut dan pemantauan berkala ke atas pematuhan undang-undang, peraturan dan pelaksanaan projek.
 
6. Pengurusan Tatatertib
 
Memastikan urusan prosedur tatatertib dijalankan dengan adil, cepat dan memberi kesan menyeluruh kepada organisasi;
 
Melaksanakan pemantauan ke atas kes-kes tatatertib bagi mengelakkan berlaku kelewatan siasatan dan prosiding tatatertib bagi memastikan penyiapan kes dalam tempoh sewajarnya;
 
Melaksanakan fungsi urusetia Lembaga Tatatertib.
 
Pages: 1  2  3