Pilih Saiz Tulisan:    Pilih Warna Tulisan:   Text To Speech:
    |    Daftar
      
 

PROJEK PADI 10 TAN

Projek Padi 10 tan adalah satu pendekatan didalam mengamalkan teknologi pengurusan tanaman padi bagi mencapai hasil yang tinggi dalam tempoh masa yang tertentu supaya industri tanaman padi lebih bersifat komersial dan berdaya saing dan memaksimakan pulangan kepada para petani. Projek ini dimulakan dengan Projek Petak Demonstrasi seluas 52 hektar di 52 tempat pada musim II/2000. Mulai musim II/2001 dilaksanakan secara skala besar dan dikenali dengan Projek Peningkatan Hasil Padi ke arah 10 tan.

Objektif

Untuk menyalurkan teknologi peningkatan hasil dan pengurusan padi kearah penghasilan padi 10 tan sehektar.
Meningkatkan sumber pendapatan dan taraf sosio ekonomi petani melalui peningkatan hasil per hektar.
Mengurangkan import beras negara dan kebergantungan kepada negara luar dalam membekalkan makanan kepada penduduk.

Perancangan Pelaksanaan

  1. Pemilihan Kawasan
    Keutamaan diberikan kepada projek Mini Estet Padi (MEP), Projek Ladang Kelompok dan juga kawasan yang mempunyai sistem pengairan dan saliran air yang baik. Projek Mini Estet Padi lebih senang dikendali kerana adanya permuafakatan peladang dan hal pengurusan ahli dikawal oleh PPK.
  2. Perancangan Projek
    KADA menetapkan pelaksanaan 17,500 hektar (55% daripada kawasan tanaman padi) projek ini di kawasan KADA menjelang tahun 2010. Maklumat pelaksanaan projek ini dari tahun 2006 sehingga tahun 2010 adalah seperti berikut :

    Tahun
    Keluasan (Ha)
    Bil. Petani
    2006
    5,360

    3,000

    2007
    9,900
    3,300
    2008
    12,400
    4,100
    2009
    15,000
    5,000
    2010
    17,500
    5,800

Pages: 1  2