Pilih Saiz Tulisan:    Pilih Warna Tulisan:   Text To Speech:
    |    Daftar
      
 

LADANG MERDEKA
Ladang Merdeka adalah satu konsep pengurusan ladang secara komersil dan berskala besar yang mana berkepentingan dalam memerdekakan kumpulan sasar, merekabentuk ladang dengan saiz yang sesuai, berdaya maju dan membantu meningkatkan pendapatan peserta.

Objektif

Menangani masalah kemiskinan melalui peningkatan hasil padi dan bukan padi.
Memerdekakan sawah terbiar.
Memerdekakan pemilik sawah dan penyewa.
Meningkatkan daya produktiviti melalui :
    Pengurusan secara estet
    Penggunaan tenaga buruh yang efisyen
    Penggunaan jentera ladang
    Penggunaan input pertanian secara berkesan dan menjimatkan
  Mewujudkan operasi pengeluaran

Konsep Dan Cabaran Masa Depan
Tatacara pelaksanaan bersepadu menggabungkan pelaksana dan kumpulan sasar. Penglibatan semua lapisan masyarakat dan pemimpin tempatan. Satu model "on farm development" mengubah amalan kerja yang tidak sistematik kepada satu budaya kerja yang menitikberatkan pengurusan berestet yang jauh lebih maju dan mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.

 

Pages: 1  2