
PERUTUSAN PENGERUSI KADA
Selamat Datang Ke Laman Web Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu.
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memikul amanah besar bagi membangun dan memajukan kawasan jelapang padi kedua terbesar negara yang terletak di utara Negeri Kelantan dengan tumpuan utama kepada sektor tanaman padi tanpa mengenepikan sektor lain termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan haiwan, perikanan air tawar dan industri asas tani.
Dalam menunaikan amanah tersebut, KADA telah, sedang dan akan terus melaksanakan pelbagai strategi dan pendekatan yang diharap akan dapat meningkatkan lagi pengeluaran bahan makanan disamping meningkatkan taraf hidup rakyat dalam kawasan kendaliannya terutamanaya golongan petani, penternak dan usahawan tani.
Sehubungan itu, penggunaan laman web ini merupakan antara kaedah perkongsian maklumat mengenai perkhidmatan dan informasi KADA kepada masyarakat yang diharap menjadi salah satu saluran komunikasi saluran dua hala antara satu sama lain.
Insyallah laman web ini akan sentiasa dikemaskini dan informasinya akan dipertingkatkan dari masa kesemasa yang diharap akan menjadi satu medium utama komunikasi antara KADA dengan masyarakat terutamanya golongan sasar.
Setiap kunjungan anda ke Laman web KADA adalah amat dihargai dan diharap ianya menjadi salah satu usaha untuk mentransformasikan pertanian dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada golongan sasar.
Sekian, terima kasih
YBHG. TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ANNUAR HJ. MUSA
Pengerusi,
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu.
Kelantan.