PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan Jabatan

PANDUAN CALON MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM 2014
   
1. Permohonan Peperiksaan:
  i. Borang Permohonan Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan adalah secara atas talian melalui laman sesawang kompetensi (www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan);
  ii. Nama dan alamat pejabat hendaklah diisi dengan lengkap;
  iii. Calon digalakkan memohon seawal yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan;
  iv. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan DITOLAK;
  v. Slip Akuan Terimaan permohonan hendaklah dicetak sebagai bukti permohonan telah dibuat;
  vi. Calon yang tidak mendaftar TIDAK dibenarkan menduduki peperiksaan; dan
  vii. Semakan status permohonan, angka giliran dan pusat peperiksaan adalah secara atas talian melalui laman sesawang kompetensi dua (2) minggu sebelum tarikh peperiksaan.
 
2. Pusat Peperiksaan :
  i. Ditetapkan oleh urus setia Peperiksaan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia;
  ii. Pertukaran Pusat Peperiksaan adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada urus setia peperiksaan di Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam;
  iii. Pertukaran pusat hanya dibenarkan atas sebab-sebab berikut :
    a. Pertukaran Tempat Bertugas (Surat Arahan Pertukaran hendaklah disertakan); dan
    b. Masalah kesihatan (Surat Laporan Kesihatan daripada Pegawai Perubatan hendaklah disertakan).
 
3. Tanggungjawab calon :
  Calon hendaklah mematuhi peraturan seperti yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 Tahun 1982 - Peraturan Tatatertib dalam Peperiksaan Perkhidmatan antaranya :
  i. Calon perlu mencetak dan membawa SLIP ARAHAN CALON, KAD PENGENALAN dan ALAT TULIS;
  ii. Calon wajib berpakaian pejabat dan kemas;
  iii. Bahan rujukan yang berkaitan dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan kecuali nota tangan dan nota slaid; dan
  iv. Sekiranya calon tidak mengikut peraturan, Ketua Pengawas boleh menghalang calon daripada menduduki peperiksaan.
 
4. Keputusan :
  i. Semakan keputusan peperiksaan adalah secara atas talian melalui laman sesawang kompetensi (www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan);
  ii. Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peperiksaan; dan
  iii. Keputusan peperiksaan dianggap TERBATAL sekiranya calon didapati tidak layak menduduki peperiksaan yang berkaitan.
     
Klik di siniJadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2011 untuk keterangan lanjut berkenaan Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2014.